Tuesday, 13 November 2012

Penjodoh Bilangan


 Penjodoh bilangan digunakan untuk membilang orang, benda, haiwan dan tempat.

Penjodoh Bilangan
Penggunaan
Contoh
angkatan
Untuk manusia/benda dalam jumlah yang banyak.

askar, penulis muda
baris
Untuk manusia/ benda yang berbaris.

pokok, rumah, kedai
batang
Untuk benda yang panjang dan keras.

gigi, pensel, pokok, sungai
bentuk
Untuk benda yang berkeluk.

mata kail, cincin
biji
Untuk benda yang kecil dan bulat.

cawan, piring, guli
bilah
Untuk benda yang tajam.
jarum, keris , tombak , pisau
buah
Untuk benda yang tidak tentu bentuknya.

rumah, kereta, kapal, beg, komputer
ekor
Untuk binatang.

pelanduk, ayam, cicak
helai
Untuk benda tipis dan lebar.

kertas, kain
kuntum
Untuk bunga-bungaan.

bunga ros, bunga cengkih
naskhah
Untuk bahan bacaan.

Majalah, surat khabar
orang
Untuk manusia.

Budak, kawan, guru
pucuk
Untuk senjata api atau benda yang halus/ tipis.

Pistol, surat, rebung
ulas
Untuk isi buah-buahan atau jenis sayur.

durian, cempedak, petai
utas
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung.
Jam tangan, tali, rantai

9 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian cikgu.

    ReplyDelete
  2. Hello Cikgu.
    Sungguh bermanfaat pengisian ilmu di teratak maya cikgu ini. Teruskan cikgu. :)

    ReplyDelete
  3. Maklumat yang bermanfaat.Terima kasih atas perkongsian anda.

    ReplyDelete
  4. nota sesuai dengan tahap murid,bagus!

    ReplyDelete
  5. nice blog..well done..maklumat yang dikongsikan juga berguna dan membantu dalam p & p...congratulations!!

    ReplyDelete