Monday 22 October 2012

Kata Adjektif



Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, perasaan, pancaindera atau perbuatan. Contoh kata adjektif adalah seperti berikut:

Jenis
Contoh

Ayat Contoh
Sifat/ Keadaan
sakit, pandai, jelita
* Gadis jelita itu memakai baju   
  kebaya.
ukuran
tebal, tinggi, nipis
*Kamus yang tebal itu telah dibalut.
warna
hitam, kelabu, kuning
*Warna kesukaan Ai Ling ialah   
  kuning.
waktu
lama, lewat, segera
*Mizi segera berdiri apabila  
  namanya dipanggil oleh guru.
bentuk
bulat, leper, buncit
*Duit syiling 50 sen berbentuk bulat.
pancaindera
Masin, pahit, wangi
*Rasa lauk-pauk itu masin kerana   
  terlebih garam.
jarak
hampir, jauh, dekat
*Sekolah saya terletak jauh dari  
  rumah.
perasaan
sayang, pilu, marah
*Encik Lim sayang akan 
  keluarganya.
cara
kencang, pantas, deras
*Angin bertiup dengan kencang  
  pada pagi tadi.

Monday 8 October 2012

Kata Sendi Nama

Kata sendi nama ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan frasa nama dengan kata-kata yang lain dalam ayat.


Contoh kata sendi nama adalah seperti berikut:

Kata Sendi Nama
Penggunaan
Ayat Contoh
di
menerangkan tentang tempat atau arah
Kereta itu berhenti di tepi jalan.
ke
menerangkan tentang tempat, arah yang dituju dan waktu
Kami bercadang hendak pergi ke Pulau Kapas pada akhir bulan ini.
dari
menerangkan  tentang temapt, arah dan waktu
Elisa Liu berasal dari Sabah.
daripada
menunjukkan sumber, punca atau perbandingan
Jia Qing lebih rendah daripada sepupunya.
kepada
-menerangkan penggunaan untuk orang dan benda abstrak

-menyatakan bahagian
Tuan rumah itu menghulurkan kunci kepada Puan Julia.
untuk
menyatakan kegunaan sesuatu
Wang itu akan digunakan untuk membeli barang-barang keperluan.
pada
menerangkan masa dan tempat
Kami akan menghadiri kelas tambahan pada pukul dua petang.

Friday 5 October 2012

Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Nama Diri
Penggunaan
Contoh Kata Ganti Nama Diri
Ayat Contoh
Pertama
digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap

aku, saya, beta, patik, hamba, kita, kami
a)Saya murid Tahun 2

b)Patik yakin kita akan   
   berjaya,” kata   
   Laksamana.

Kedua
digunakan untuk orang yang dilayan atau diajak bercakap
awak, anda, kamu, engkau, saudara, saudari, kalian, tuanku
a)“Kamu sepatutnya  
     datang awal ke  
     sekolah,” kata 
     pengawas itu.

b)“Kalian harus belajar  
     bersungguh-sungguh,”       kata Guru Besar  
     kepada kami.

Ketiga
digunakan bagi orang yang dicakapkan
dia, mereka, beliau, baginda,    
-nya , ia
a)Dia rajin membuat   
    ulang kaji.

b)Mereka bangga atas  
   kejayaan pasukan  
   sekolah.