Monday 22 October 2012

Kata Adjektif



Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, perasaan, pancaindera atau perbuatan. Contoh kata adjektif adalah seperti berikut:

Jenis
Contoh

Ayat Contoh
Sifat/ Keadaan
sakit, pandai, jelita
* Gadis jelita itu memakai baju   
  kebaya.
ukuran
tebal, tinggi, nipis
*Kamus yang tebal itu telah dibalut.
warna
hitam, kelabu, kuning
*Warna kesukaan Ai Ling ialah   
  kuning.
waktu
lama, lewat, segera
*Mizi segera berdiri apabila  
  namanya dipanggil oleh guru.
bentuk
bulat, leper, buncit
*Duit syiling 50 sen berbentuk bulat.
pancaindera
Masin, pahit, wangi
*Rasa lauk-pauk itu masin kerana   
  terlebih garam.
jarak
hampir, jauh, dekat
*Sekolah saya terletak jauh dari  
  rumah.
perasaan
sayang, pilu, marah
*Encik Lim sayang akan 
  keluarganya.
cara
kencang, pantas, deras
*Angin bertiup dengan kencang  
  pada pagi tadi.

5 comments:

  1. terima kasih cikgu,saya sudah faham maksud perkataan di atas.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih (*^__^*)!

    ReplyDelete
  4. Post yang berguna kepada murid.

    ReplyDelete
  5. murid lebih memahami kata adjektif dan cara menggunakannya dengan nota itu. Bagus!

    ReplyDelete