Tuesday, 30 October 2012
Saturday, 27 October 2012
Thursday, 25 October 2012
Monday, 22 October 2012
Kata Adjektif
Kata adjektif ialah kata yang
menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, perasaan, pancaindera atau perbuatan.
Contoh kata adjektif adalah seperti berikut:
Jenis
|
Contoh
|
Ayat Contoh
|
Sifat/ Keadaan
|
sakit,
pandai, jelita
|
* Gadis jelita
itu memakai baju
kebaya.
|
ukuran
|
tebal,
tinggi, nipis
|
*Kamus
yang tebal itu
telah dibalut.
|
warna
|
hitam,
kelabu, kuning
|
*Warna kesukaan Ai Ling ialah
kuning.
|
waktu
|
lama,
lewat, segera
|
*Mizi segera
berdiri apabila
namanya
dipanggil oleh guru.
|
bentuk
|
bulat,
leper, buncit
|
*Duit
syiling 50 sen berbentuk bulat.
|
pancaindera
|
Masin,
pahit, wangi
|
*Rasa lauk-pauk itu masin kerana
terlebih
garam.
|
jarak
|
hampir,
jauh, dekat
|
*Sekolah saya terletak jauh dari
rumah.
|
perasaan
|
sayang,
pilu, marah
|
*Encik Lim sayang
akan
keluarganya.
|
cara
|
kencang,
pantas, deras
|
*Angin bertiup dengan kencang
pada
pagi tadi.
|
Monday, 8 October 2012
Kata Sendi Nama
Kata sendi nama
ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan frasa nama dengan kata-kata
yang lain dalam ayat.
Contoh kata sendi nama adalah seperti berikut:
Kata
Sendi Nama
|
Penggunaan
|
Ayat
Contoh
|
di
|
menerangkan tentang tempat atau arah
|
Kereta itu berhenti di tepi jalan.
|
ke
|
menerangkan tentang tempat, arah
yang dituju dan waktu
|
Kami bercadang hendak pergi ke Pulau Kapas pada akhir bulan ini.
|
dari
|
menerangkan tentang temapt, arah dan waktu
|
Elisa Liu berasal dari Sabah.
|
daripada
|
menunjukkan sumber, punca atau
perbandingan
|
Jia Qing lebih rendah daripada sepupunya.
|
kepada
|
-menerangkan penggunaan untuk orang
dan benda abstrak
-menyatakan bahagian
|
Tuan rumah itu menghulurkan kunci kepada Puan Julia.
|
untuk
|
menyatakan kegunaan sesuatu
|
Wang itu akan digunakan untuk membeli barang-barang keperluan.
|
pada
|
menerangkan masa dan tempat
|
Kami akan menghadiri kelas tambahan pada pukul dua petang.
|
Friday, 5 October 2012
Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama Diri
|
Penggunaan
|
Contoh Kata Ganti Nama Diri
|
Ayat Contoh
|
Pertama
|
digunakan
untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap
|
aku,
saya, beta, patik, hamba, kita, kami
|
a)Saya
murid Tahun 2
b)Patik
yakin kita akan
berjaya,” kata
Laksamana.
|
Kedua
|
digunakan
untuk orang yang dilayan atau diajak bercakap
|
awak,
anda, kamu, engkau, saudara, saudari, kalian, tuanku
|
a)“Kamu
sepatutnya
datang awal ke
sekolah,” kata
pengawas itu.
b)“Kalian
harus belajar
bersungguh-sungguh,” kata Guru Besar
kepada kami.
|
Ketiga
|
digunakan
bagi orang yang dicakapkan
|
dia,
mereka, beliau, baginda,
-nya
, ia
|
a)Dia
rajin membuat
ulang kaji.
b)Mereka
bangga atas
kejayaan pasukan
sekolah.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)