Thursday, 6 December 2012

Jenis-Jenis Ayat

   Terdapat empat jenis ayat dalam Bahasa Malaysia, iaitu:


Jenis Ayat
Penggunaan
Ayat Contoh
Ayat penyata
陈述句
Menerangkan sesuatu hal, benda, kejadian dan sebagainya.
1.Dia suka makan nasi lemak

2.Anjing itu menggonggong   
   seketul tulang.
Ayat tanya
疑问句
-Menanyakan sesuatu seperti tempat, benda, orang, masa, binatang dan sebagainya.
-Ayat ini diakhiri dengan tanda soal (?)
1.Mengapakah Aiman tidak  
   hadir ke majlis hari lahir  
   kamu?

2.Swee Lin menunggang  
   basikal ke mana ?
Ayat perintah
祈使句
Menyatakan mengenai suruhan, perintah, larangan, silaan atau permintaan.
1.Jangan pijak rumput di  
taman itu.

2.Tolong telefon ayah kamu  
    sekarang.
Ayat seruan
感叹句
- Menyatakan mengenai  
 perasaan seseorang seperti gembira, marah, sakit dan sebagainya.
-Ayat ini diakhiri dengan tanda seruan (!)
1.Aduhai, malang sungguh  
    nasib pengemis itu!

2. Wah, indahnya
     pemandangan di pantai
     itu!

Tuesday, 13 November 2012

Penjodoh Bilangan


 Penjodoh bilangan digunakan untuk membilang orang, benda, haiwan dan tempat.

Penjodoh Bilangan
Penggunaan
Contoh
angkatan
Untuk manusia/benda dalam jumlah yang banyak.

askar, penulis muda
baris
Untuk manusia/ benda yang berbaris.

pokok, rumah, kedai
batang
Untuk benda yang panjang dan keras.

gigi, pensel, pokok, sungai
bentuk
Untuk benda yang berkeluk.

mata kail, cincin
biji
Untuk benda yang kecil dan bulat.

cawan, piring, guli
bilah
Untuk benda yang tajam.
jarum, keris , tombak , pisau
buah
Untuk benda yang tidak tentu bentuknya.

rumah, kereta, kapal, beg, komputer
ekor
Untuk binatang.

pelanduk, ayam, cicak
helai
Untuk benda tipis dan lebar.

kertas, kain
kuntum
Untuk bunga-bungaan.

bunga ros, bunga cengkih
naskhah
Untuk bahan bacaan.

Majalah, surat khabar
orang
Untuk manusia.

Budak, kawan, guru
pucuk
Untuk senjata api atau benda yang halus/ tipis.

Pistol, surat, rebung
ulas
Untuk isi buah-buahan atau jenis sayur.

durian, cempedak, petai
utas
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung.
Jam tangan, tali, rantai

Monday, 22 October 2012

Kata Adjektif



Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, perasaan, pancaindera atau perbuatan. Contoh kata adjektif adalah seperti berikut:

Jenis
Contoh

Ayat Contoh
Sifat/ Keadaan
sakit, pandai, jelita
* Gadis jelita itu memakai baju   
  kebaya.
ukuran
tebal, tinggi, nipis
*Kamus yang tebal itu telah dibalut.
warna
hitam, kelabu, kuning
*Warna kesukaan Ai Ling ialah   
  kuning.
waktu
lama, lewat, segera
*Mizi segera berdiri apabila  
  namanya dipanggil oleh guru.
bentuk
bulat, leper, buncit
*Duit syiling 50 sen berbentuk bulat.
pancaindera
Masin, pahit, wangi
*Rasa lauk-pauk itu masin kerana   
  terlebih garam.
jarak
hampir, jauh, dekat
*Sekolah saya terletak jauh dari  
  rumah.
perasaan
sayang, pilu, marah
*Encik Lim sayang akan 
  keluarganya.
cara
kencang, pantas, deras
*Angin bertiup dengan kencang  
  pada pagi tadi.